Tuesday, October 26, 2010

Bertuahnya kita menjadi guru

Sebaik-baik umat yang diutuskan oleh ALLAH SWT adalah umat Nabi Muhammad SAW. Umat nabi tidak perlu dilantik menjadi nabi untuk melaksanakan tugas dakwah, berbeza dengan umat nabi-nabi terdahulu. Buktinya, semasa Nabi Musa A.s diperintahkan untuk berjumpa Firaun dan berdakwah kepadanya, Nabi Musa memohon kepada ALLAH SWT agar diberikan teman untuk menguatkan usaha dakwah baginda. Teman tersebut ialah Harun. Allah melantik Harun menjadi nabi dahulu dan barulah mereka berangkat berjumpa Firaun.

Umat Nabi Muhammad berbeza. Sebaik-baik umat adalah umat yang menjalankan kerja kenabian dan disebutkan sebagai umat yang mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran.

Guru
Profesion yang dipandang rendah pada mata sesetengah manusia tetapi dipandang tinggi oleh ALLAH SWT sebagai umat terbaik. Ini kerana, mereka menjalankan kerja para nabi. Guru yang berfungsi mengajak ke arah kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran adalah guru yang terbaik. Mereka menjalankan kerja agama dan kerja para nabi.

Tetapi dalam ramai2 guru yang wujud di dalam dunia ini, berapa ramaikan guru yang berfungsi sedemikian? Tidakkah mereka berasa beruntung kerana melalui pekerjaan sebagai guru, mereka dapat berdakwah kepada manusia dan mampu membentuk akhlak dan jatidiri manusia. Manusia yang terhasil oleh didikan guru yang baik insyaallah akan menjadi manusia yang baik. seterusnya manusia ini akan mendidik manusia lain supaya menjadi baik. Maka, bertambah2lah pahala guru walaupun telah masuk ke liang lahad disebabkan jasa bakti yang pernah ditaburkannya semasa di dunia.

Ingatlah, amanah itu sesuatu yang berat. Pikullah ia dengan penuh tanggungjawab. Didiklah anak2 murid kita supaya menjadi manusia yang baik.

Betapa bertuahnya kita ditabalkan sebagai GURU.

No comments:

Post a Comment