Tuesday, February 9, 2010

Ramai guru mengalami tekanan jiwa

Terkejut aku bila mendapat tahu bahawa ramai guru di daerah petaling ditempatkan dalam "pool".

Korang tahu ke apa tugas cikgu yang diletakkan dalam POOL tu? Tugas cikgu tu hanya MENGGANTIKAN kelas yang tiada guru (guru bercuti atau terlibat dengan program lain diluar sekolah). Guru Pool ini diberikan gaji seperti biasa tetapi tidak mengajar. Kenapa mereka tak mengajar? Sebabnya mereka disahkan oleh doktor mengalami tekanan jiwa. Mereka stress dan tidak dapat menguruskan tekanan yang dihadapi. Kesian kan? Mana tak stress, kajian yang dilakukan pada beberapa tahun yang lalu mendapati guru bekerja selama 16jam sehari. Eh, betul ke kajian tu? Hmm...kalau nak tahu betul ke tak, try la jadi cikgu. Lepas tu baru tahu.

Berhadapan dengan pelajar di bandar seperti di daerah petaling, cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh guru lebih getir dan memenatkan. Gejala suka melanggar peraturan, tidak menghormati guru, dan 'bodoh sombong' menyukarkan lagi tugas guru untuk melahirkan manusia yang berjaya. Kejayaan bukan diukur dari aspek akademik semata-mata, tetapi lebih penting adalah dari segi sahsiah.

Ibu bapa yang terlalu percayakan anak pula tambah memeningkan kepala guru untuk mendidik anak mereka menjadi insan mulia. Sudahnya, ada guru yang dipukul oleh ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru tersebut memukul anak mereka. Kata mereka "saya pun tak pernah jentik anak saya", patut la anak jadi "baik" dan pandai berlakon. kat rumah pijak semut pun tak mati, kat sekolah menjadi kepala samseng. Mak bapak yang macam nie tak pernah ke tengok cerita ANAKKU SAZALI? Pepatah melayu ada menyatakan "sayangkan anak tangan-tangan kan". Rasulullah juga meminta supaya anak yang sudah berumur 10 tahun dihukum rotan sekiranya tidak mahu bersolat. Merotan bukan bertujuan untuk menghukum semata-mata, tetapi bertujuan untuk mendidik.

Sesetengah Budak sekarang dah pandai menipu. Talam 2 muka. Depan kita lain, belakang kita lain. Mereka dah tak rasa takut nak tipu mak bapak, apatahlagi guru. Memang mereka tak rasa bersalah langsung untuk tipu. Tambah menakutkan aku, ramai yang tak tahu mandi wajib dan sembahyang. Eh, mak bapak tak ajar ke kat rumah? Bila ditanya, rupa2nya mak bapak budak tu pun tak sembahyang. Bapak borek anak rintik. patut la. Ntah2 mak bapak pun tak tahu macam mana mandi wajib. Hmm...nak buat macam mana ye kalau dah jadi macam tu? Patut la budak tu berperangai macam syaitan sebab memang dia dah jadi kuncu2 syaitan. Datang sekolah bukan nak belajar, tapi nak ganggu orang lain yang nak belajar. Lepas tu buat hal dan kena panggil dengan cikgu disiplin. then, berjanji takkan buat lagi. selang 2 3 minggu, ulang lagi masalah yang sama. Bila bagitau mak bapak tentang kesalahan anak dia, mak bapak tak percaya. Mak bapak backing anak dan jatuhkan maruah cikgu depan anak dia. Kalau makbapak dah tak reti hormat cikgu, jangan harapla anak pun nak pandai hormat cikgu. So, lepas tu cikgu pun buat tak tahu je kat anak dia. jadi la anak dia anak terbiar. Cukup masa dibuang sekolah kerana banyak masalah. Kerana mak bapak, anak yang jadi mangsa. Then anak tu bergaul dengan kawan2 yang tak bersekolah. Mula berjinak dengan rokok. then lama2 try hisap dadah. lepas tu takde duit nak beli dadah. Mula cari kat rumah. Mula sepak terajang mak dan bapak. masa tu mak dan bapak baru nak menyesal. Masa jatuhkan maruah cikgu dulu tak fikir. Itu la padahnya bila mak bapak sendiri tak pandai hormat orang yang mahu memberikan didikan pada anak mereka. Allah pasti akan balas. Kalau tak di dunia, di akhirat kelak.

Sebagai seorang guru, aku sedih bila profesion perguruan masih belum berada pada tempat yang sepatutnya. Profesion ini masih belum dimartabatkan sesuai dengan kemuliaan tugasnya. Masih tiada pembelaan daripada yang memimpin. Dengan gaji yang menghampiri kadar kemiskinan, mampukan guru terus menanggung beban dan tekanan dalam mendidik manusia supaya menjadi MANUSIA? Tiadakah insan yang bergelar pemimpin mahu memartabatkan profesion ini? Tiadakah lagi insan yang mahu memperjuangkan kenaikan gaji bagi guru. Yang didengar hanya tentera dan polis? bagaimana dengan guru? Adilkah kenaikan 15% yang dilakukan pada tahun 2007 yang lalu? Pihak lain terus mendapat kenaikan dan pelarasan. Bagaimana dengan cikgu?
Mudah-mudahan ALLAH membalas yang terbaik buat para guru. TERIMA KASIH CIKGU kerana berkhidmat dengan senyuman.

Setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan dengan insan yang dipimpinnya.

Berikanlah keadilan kepada semua.

ADIL = MELETAKKAN SESUATU KENA PADA TEMPATNYA. Senyumlah kerana senyuman boleh menghilangkan stress dalam kepala otak kita. :)

No comments:

Post a Comment