Keputusan kerajaan malaysia memansuhkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dilihat mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat.
Justeru, pelbagai perbincangan dianjurkan untuk meleraikan kekusutan dalam mengatasi masalah ini. Disamping itu, undian juga turut diadakan untuk mengettahui pandangan masyarakat tentang pemansuhan tersebut. Walaubagaimanapun, undian yang dijalankan melalui internet dilihat tidak begitu adil memandangkan ia tidak melibatkan keseluruhan rakyat malaysia. Apapun pendapat yang kita zahirkan, hakikatnya keputusan kabinet adalah muktamat dan tidak akan berubah. Sebagai seorang guru, saya menyokong penuh keputusan ini walaupun terdapat pro dan kontra dalam perlaksanaannya. Apa yang menyedihkan, pelajar telah menjadi mangsa kepada program PPSMI dan menjadi bahan ujikaji ke atas suatu dasar yang tidak dikaji terlebih dahulu sebelum dilaksanakan sebelum ini.
Jika ada pendapat, silakan memberi komen. Tiada pendapat yang benar dan salah. Hanyasanya Hadis dan Sunnah Rasullullah serta Al-Quran sahaja merupakan sumber segala kebenaran dalam alam ini.
Sekian, terima kasih.....
cikgu ni.......
ReplyDeleteorg luar banda tuh......blakon je....
biasa2 pandai nyanyi lagu omputih...
pe hal lak ble suruh blaja omputih tak nak????????
renung renungkan....
dan....slamat beramal......
Diorang bukan taknak belajar bahasa orang putih, diorang taknak belajar matematik dan sains dalam bahasa omputih sebab diorang jadi lebih pening. Belajar dalam bahasa sendiri pun dah pening, inikan pula dalam bahasa asing. Hehehe...
ReplyDeleteCikgu faizal
klu da xnk tu kan....
ReplyDeletealasan mmg banyak.....
kn cg kn?
lgu omputih pon memeningkan jugak....
nape x nk berhenti nyanyi,??
cg....
c la jwb
mana sama nyanyi dengan belajar. Belajar kadang2 membosankan. Nyanyian dan segala macam hiburan merupakan kegembiraan nafus. Jadi, apa yang sama di antara menyanyi dan belajar? Hmm... bukan taknak. Tapi kita takleh pentingkan diri sendiri. Disebabkan kita pentingkan diri sendirilah, ramai yang tak berkemampuan menjadi mangsa. Mengapa tak fikirkan pelajar di kampung? Pelajar yang mak bapaknya tak pandai bercakap bahasa inggeris. Pelajar yang tak mempunyai kemampuan untuk ke tuisyen dan hanya bergantung semata-mata pada pembelajaran di sekolah? Mungkin riku masih belum keluar lagi dari dunia bandar nie. Jadi mungkin tak nampak situasi di kampung. Jauh perjalanan luas pengalaman. Kalau ada masa, melawatlah kawasan desa dan kampung. Semoga boleh memberi keinsafan.... Jangan kata orang luar bandar tu berlakon? Kalau statistik menunjukkan kejatuhan gred yang dapat A, B dan C, berlakon apa macam tu? Diorang pun nak kan result yang baik. Takde sapa nak memperjudikan masa depan demi memansuhkan PPSMI. Masalahnya mereka tak MAMPU!!
ReplyDelete